Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

lundi 1 décembre 2014

One year later....

Ha ha ha..update blog setahun sekali..blehh?

Well..nak start dari mane ye? ermm..Hakim dah dapat adik!! hihihi
surprise surprise..

One main reason saya nak update blog tetibe ni..sebab nak cite pasal mengandung + deliver baby Aisyah. So that masih ade kenangan tentang kelahiran dia di sini. Klu simpan di kepala..takut terlupe. 

Anyway..mase saya fly ke Japan last year..I was 6 or 7 weeks pregnant. Yezza..I was surprised too. Dapat tahu mase buat check up utk scholarship..bleh tak?huhu Terkujat2 saye bile kne buat urine test untuk kali kedua..ingatkan pasal pe..rupanya nak confirmkan my pregnancy..so tak bleh buat Xray

Apabila tiba di Jepun..saya tidak terus pergi jumpa gynae. Health system kat sini agak berlainan dengan Malaysia..dan saya pon tgh adapt dengan keadaan di sini.

Saya masih ingat, pada hari raya aidiladha tahun lepas 15 oct 2013, saya ke Kyushu Medical Center  (KyuMed) untuk jumpa gynae and start my rotuine check up. Tu pon ngikut kawan kat sini yang tengah pregnant.

Since I dont speak Japanese, dan tak reti pon bace..kami bawak junior yang bleh ckp Japanese (Nihonggo). Dia yang tulun daftarkan kat hospital tu, isikan borang2 yang patut serta questionnaires about my previous pregnancy. Luckily ade doktor perempuan yang boleh ckp english, Kashinoura sensei.

Saya? Of course nervous and excited. First time nak tgk baby (mase tu baru 9 minggu)

However Allah knows what is the best for us. Saya keguguran. Mase check up, fetus dah takde heart beat. Usia fetus based on scan mmg 9 minggu, cuma tade heart beat. I tried to be strong, tp bile keluar dr bilik doktor, saya menangis semahunya di bahu suami. Hu hu hu.

Doktor kasi chance untuk fetus gugur sendiri, sebab saye memang takde bleeding or any pain/cramping or maybe heart beat baby ade kembali (which was really rare kata doktor). So dia bg appointment lg seminggu. After a week, masih takde perubahan, so I need to make an appointment for D&C. Ya Allah..gerun sgt masa tu..seorang diri bersama suami, baru pulak sampai kat negara orang di mana language barrier is toooooo large!

So on the 30 oct 2013, saya check in ke (KyuMed) di temani suami. Mase ni kereta pon blom ade..harap kepada public transport sahaja..dari hostel naik bus ke stesen ketapi, then amik train ke bandar..dari stesen ketapi jalan kaki about 20 mins utk ke hospital. Sadis? Itulah antara suka duka dok di oversea. Ade rakan2 yang dah ade kereta, but since the appointment was during working hour, mostly akan bz dengan research masing2, and kami sebolehnya tak mo susahkan orang

Untuk D&C, saya perlu bermalam di hospital. Procedure mula esok paginya (31 oct). So tinggal la saya di hospital sensorang tanpa teman. Rindu Hakim sangat mase tu. T-T. Mase procedure tu suami tak dapat teman kerana anta anak ke nursery, then kena pegi lab. Tgh hari baru dia sampai, tu pon untuk bawakkan lunch untuk saya. Then dia kena rushed ke campus semula. Wooo memang nangis klu ingat balik. Petang around 6 dia datang bersama rakan Malaysia di sini yang dah ade kereta. Alhamdulillah rakan2 sini memang sangat helpful. 

Esok paginye saya dah menapak ke kelas. Hu hu. It was Japanese class where saya tak bleh ponteng, otherwise affects kepada my mark. I did ask my gynae bleh tak pegi ke kelas (dengan harapan dia kasi MC). But nan hado ok. Dia siap cakap saya bleh kayuh beskal pegi kelas ha ha ha ha. Klu orang malaysia yang sgt strict dgn pantang larang ni sure terbuntang anak mata mendengarnye :D

How about the bill? Alhamdulillah it was covered by health insurance (seb baek dah ade insurance). Total cost is around 100 000 Yen, but we only paid around 30 000 Yen. And MasyaAllah, rakan2 Malaysia kat sini sangat baik siap buat kutipan derma lagi untuk kami memandangkan kami baru sampai dan duit tu banyak pakai untuk setel down. Menangis lagi saya kerana terharu. 

So that's it. Pregnancy kedua saya yang tidak menjadi. Allah knows best.

But..tadi cakap ada baby Aisyah..jeng jeng jeng..tunggu la next entry yee :D

Before that..layan je la pic sekeping kami memetik apple last year. Hi hi hi


mardi 3 décembre 2013

Kronologi dari Malaysia ke Jepun.

Saya tak reti nak bercerita secara ringkas macam mana saya boleh sampai ke Jepun. Kalau saya bercerita, mau dekat seploh entry baru abis cite gamaknye.haha. So saya letak dalam bentuk point ye, untuk elakkan ianya jadi meleret-leret.

l  Saya mula menanam hasrat untuk sambung belaja di luar Negara selepas balik dari membentangkan kertas kajian saya di Singapura pada December 2011. Wah, dah lama kan? Alhamdulillah suami pon bagi green light.

l  Januari 2012: saya mula gigih mencari supervisor di beberapa university di UK. Yezza. Saya mengidam untuk tinggal di UK hasil dari kenangan saya bersama kakak ketika menginap di sana beberapa bulan. It is my fav destination.

l  Sesiapa yang tahu tentang hasrat saya akan bertanya, kenapa tidak pulang ke Perancis? Kenapa tidak pergi ke Jepun? Jawapan saya: saya sudah busan bercakap perancis(which is completely not true) dan saya tidak berminat dengan Jepun. Saya langsung tidak tahu apekah itu Jepun dan bahasa serta tulisannya menakutkan saya.

l  Saya mendapat beberapa tawaran, antaranya Manchester (saya aim nak gi sini) dan Glasgow.

l  Selepas offer letter dari university tersebut diterima, saya mula mencari scholarship. Antaranya adalah: Skim SLAB/SLAI dari university tempatan, Commonwealth Scholarship, pinjaman MARA dan Biasiswa Agong

l  Malangnya, saya sudah terlepas utk memohon MARA manakala permohonan untuk biasiswa Agong di tolak kerana sudah terlebih usia L Biasiswa Agong hanya untuk orang yg berusia 30 ke bawah sahaja.

l  Untuk Skim SLAB/SLAI, saya memohon di UTEM (ditolak), UIA(ditolak), USM, UM, UMP(separuh jalan) dan TPM UITM. Saya cuba untuk memohon di UTM,UPM dan UKM tetapi diberitahu ianya untuk staff sahaja. Bersungguh kan saya, apply je kat mana2 tempat yang ada.

l  Saya dipanggil untuk interview oleh USM, UM dan UITM. Duanya berjaya, manakala UM tidak menerima saya dengan alasan mereka tidak memerlukan kepakaran dalam bidang yang ingin saya lakukan. Whatever. Huhuhu

l  Saya cenderung untuk memilih USM kerana ianya university yg agak kukuh dan bidang saya di situ agak mature dan senang untuk buat research (dari segi peralatan). Malah elaun keluarga diluar negara turut disediakan.

l  UITM pula mempunyai lokasi yg strategik, iaitu Shah Alam. Senang untuk suami yang tidak perlu berhenti kerja jika kami terpaksa berpindah ke nibong tebal. Akan tetapi, di cawangan mana yang akan saya berkhidmat selepas tamat belajar belum lagi ditentukan. So ada risiko di situ. Dan ianya single scholarship, tanpa elaun keluarga. All expenses involving suami dan anak, poket sendiri bayar seperti tiket katubang.huhuhu

l  Tetapi kedua-duanya tidak membenarkan saya untuk sambung di UK!! USM mencadangkan kepada saya Delft di Holland, ETH Zurich di Swiss atau Perancis. Manakala UITM tak kesah, janji bukan UK.

l  Saya cuba Delft, tetapi jawapan negative diterima. Ini kerana setiap pelajar PhD di bayar oleh university, so kemasukan agak selektif. ETH Zurich pula bersedia untuk menerima saya, tetapi saya pula tidak bersedia ke sana kerana bg diorang, 4 tahun PhD adalah singkat. Average adalah 6 tahun!

l  Saya menukar lagi destinasi: kali ini bumi Australia. Gigih nak dok kat negara cakap omputih yoo.

l  Diterima utk ke Univ of Melbourne, tetapi tidak mendapat kelulusan dari dekan fakulti elektrik, UITM. Ketika itu dah nak bulan 6 2013. Sudah setahun setengah, saya masih ding dong ding dong dengan tempat belajar dan scholarship. Sedangkan offer untuk TPM tamat pada 30 September 2013. Sungguh stress dan banyak air mata tumpah. Huhuuhu. Dekan menyuruh saya mencari tempat di negara asia seperti Jepun.

l  Maka Jepun lah destinasi saya. Suami turut mendapat tempat untuk sambung belajar di university yang sama. Dan dia juga mendapat pinjaman MARA.Alhamdulillah.

l  Saya turut mendapat pinjaman MARA, malah dgn pinjaman MARA dapat lah kami ke UK, sbb MARA tak kesah! Huhu. Batch pinjaman MARA 2013, almost 99% sambung belajar di UK untuk peringkat lepasan ijazah. Craze mehh! Jeles pon ade T-T. Tu antara dugaan untuk hati kami berdua. Klu ikutkan hati, mmg nak terbang ke UK, but klu ikutkan akal, tamat je belaja, dibebankan dengan pinjaman pula. Assobru minal iman.

l  Selepas mendapat offer letter dari university di Jepun, bermulalah perang menyudahkan permohonan saya untuk sambung belajar under TPM UITM. Dan juga perang melayan karenah bureaucracy. Owh my, kalau di pikirkan, tak sangguh dah kot nak melaluinye kembali.

l  Saya perlu menghantar sebeban dokumen kepada pihak UITM agak dapat mereka sampaikan kepada pihak KPT. Antara dokumen yang diperlukan adalah surat berhenti kerja saya dari tempat kerja saya ketika itu.

l  Agak gementar, gemuruh, malah tidak tahu adakah itu keputusan yang betul, kerana masih ada risiko seperti KPT tidak bersetuju untuk saya sambung belajar diluar negara, atau saya tidak sempat terbang untuk sambung belajar sebelum 30 September. Maka ada risiko yang saya tidak dapat sambung belajar dan jobless.

l  Saya juga perlu membentangkan research proposal di hadapan panel UITM dalam tempoh yang ada, serta mendapat perlepasan kontrak dari pihak JPA. Dan percayalah, hal ini menyebabkan permohonan saya untuk sampai ke KPT tertangguh hampir dua bulan T-T.

l  Gara-gara permasalah di Mesir, KPT tidak bersidang pada bulan 8. Sedangkan saya menunggu surat dari KPT untuk dihantar ke jepun agar pihak university dapat memohon COE buat saya dan keluarga. COE atau certificate of eligibility ni diperlukan untuk sesiapa yang ingin memohon visa memasuki jepun lebih dari 3 bulan. COE pula mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan untuk diluluskan.

l  Menghubungi pihak KPT adalah mimpi ngeri. Telefon tidak berangkat, email tidak berjawab. (even sekarang pon). A total nightmare T-T

l  Jawapan yang di terima oleh pihak KPT, mereka tidak bersidang pada bulan 8 dan mungkin akan bersidang pada 13 September. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa panic dan cemasnya kami ketika itu. Sempatkah untuk kami menerima COE, memohon visa dan kemudianya terbang ke Jepun sebelum 30 September. Hanya kepada Allah kami berserah. Miracle can happens, only with His approval.

l  Kami tidak packing, tidak bersiap lansung untuk ke luar negara. Tiba-tiba di suatu petang pada 5 September, saya menerima email mengandungi ayat di bawah:

Tahniah!


Tuan/Puan telah berjaya menerima tawaran biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  yang diuruskan bersama dengan majikan tuan/puan.

l  Sujud syukur kami kepada Mu ya Allah. Itu status saya di FB sebaik sahaja membaca email ini. Terus saya download surat tawaran KPT untuk di email kepada pihak university di Jepun.

l  Banyak lagi dugaan lain menyusul selepas itu yang saya tak dapat dikongsikan. Antaranya, tarikh tawaran biasiswa yang bermula pada 1 Oktober kerana offer letter university menyatakan saya start belajar pada 1 October. UITM menyuruh saya untuk menghubungi university (dan juga KPT) untuk menukar offer letter itu di mana saya sepatutnya start belaja pada hari sebelumnya, iaitu 30 September. Jika tidak tawaran TPM dikira tamat, dan jika saya ingin menangguhkan tawaran TPM, saya perlu masuk meeting senat segala untuk mendapat kelulusan. Owh tidak sama sekali. Nasib baik supervisor saya sangat memahami dan KPT pon tade karenah untuk tukar surat tawaran.

l  3 hari terakhir di Malaysia kami gunakan untuk mengemas rumah, pack barang, pack bag, pos barang ke Jepun. Walaupon family kedua-dua pihak datang dari jauh, tidaklah dapat kami spend masa bersama mereka. Owh sungguh rasa bersalah T-T.

l  Kami akhirnye berlepas pada 29hb September 2013 menaiki Singapore Airlines

l  Dan selamat tiba di Fukuoka Airport pada pagi 30 September 2013. Maka bermulalah kembara kami di bumi Nihon.

Nantikan entry saya kenapa Allah menghantar saya ke Jepun, bukan UK.




jeudi 28 novembre 2013

Ohayo!

Salam. Cak!

Tetibe muncul kan?

Just nak inform. Saya berada di Jepun. Specifically di Fukuoka, Kyushu Island.

Nanti saya cerita camne saya bleh tercampak di sini ye. Ngeeee



Ok. Sayoonara!

mardi 9 juillet 2013

[FOR SALE] BABY BULLET FOOD BLENDER

Salam..lama saya tak jenguk blog ni ye? Sampai ade orang komen dan email tanya pasal toy storage pon saya tak perasan..dan op kos tak reply

Maafkan saya. Sungguh terabai betul.

Ok. maybe lepas2 ni..saya akan update blog ni dengan barang2 kepunyaan saya yang saya nak jual dengan harga yang cukup-cukup rendah..huhu reason nak jual barang?adelahh,,nanti dah confirm segala..saya bagitau ok =)

Anyway, buat informasi (eh betulkah ayat ni?) saya masih mempunyai satu toy storage (new brand) dan juga satu Baby Bullet Food Blender (new brand).
Winnie the pooh toy storage
RM150
Brand new (masih dalam kotak)
Size : 63(L)*30(W)*66(H)
Come with 9 tray
SMS/Whatsapp: 011-19497579

Baby Bullet Food Blender ni sangat-sangat le comfy untuk ibu-ibu yang baru nak start kasi solid food kat bayi. Siap ada buku resepi lagi haa.



Harga: RM150
Brand new (masih dalam kotak)
SMS/Whatsapp: 011-19497579

Product Specifications:
Dimension: 11.9” x 10.7” x 9.1” (LxWxH)
Material: Stainless steel, metal & plastic
Colour: Green
Make & store one week’s supply of baby food
BPA-free silicone storage cups with date dials

Product Includes:
1 x High Torque Bullet Base with Malaysian Plug
2 x Stainless Steel Blades
1 x Batch Bowl
2 x Short Cups
2 x Stay-fresh resealable lids
1 x Spatula
1x Batch Tray
1 x Batch Tray Lid
6 x Date-dial storage cups
1 x User manual and cookbook
1 x Pocket nutrition set
1 x Storage tray
1 x Stay-fresh tiny tote