Saya tak reti nak bercerita secara ringkas
macam mana saya boleh sampai ke Jepun. Kalau saya bercerita, mau dekat seploh
entry baru abis cite gamaknye.haha. So saya letak dalam bentuk point ye, untuk
elakkan ianya jadi meleret-leret.
l Saya mula menanam hasrat untuk sambung belaja di luar Negara selepas
balik dari membentangkan kertas kajian saya di Singapura pada December 2011.
Wah, dah lama kan? Alhamdulillah suami pon bagi green light.
l Januari 2012: saya mula gigih mencari supervisor di beberapa
university di UK. Yezza. Saya mengidam untuk tinggal di UK hasil dari kenangan
saya bersama kakak ketika menginap di sana beberapa bulan. It is my fav
destination.
l Sesiapa yang tahu tentang hasrat saya akan bertanya, kenapa tidak
pulang ke Perancis? Kenapa tidak pergi ke Jepun? Jawapan saya: saya sudah busan
bercakap perancis(which is completely not true) dan saya tidak berminat dengan
Jepun. Saya langsung tidak tahu apekah itu Jepun dan bahasa serta tulisannya
menakutkan saya.
l Saya mendapat beberapa tawaran, antaranya Manchester (saya aim nak
gi sini) dan Glasgow.
l Selepas offer letter dari university tersebut diterima, saya mula
mencari scholarship. Antaranya adalah: Skim SLAB/SLAI dari university tempatan,
Commonwealth Scholarship, pinjaman MARA dan Biasiswa Agong
l Malangnya, saya sudah terlepas utk memohon MARA manakala permohonan
untuk biasiswa Agong di tolak kerana sudah terlebih usia L Biasiswa Agong hanya untuk orang yg berusia 30 ke bawah sahaja.
l Untuk Skim SLAB/SLAI, saya memohon di UTEM (ditolak), UIA(ditolak), USM,
UM, UMP(separuh jalan) dan TPM UITM. Saya cuba untuk memohon di UTM,UPM dan UKM
tetapi diberitahu ianya untuk staff sahaja. Bersungguh kan saya, apply je kat
mana2 tempat yang ada.
l Saya dipanggil untuk interview oleh USM, UM dan UITM. Duanya berjaya,
manakala UM tidak menerima saya dengan alasan mereka tidak memerlukan kepakaran
dalam bidang yang ingin saya lakukan. Whatever. Huhuhu
l Saya cenderung untuk memilih USM kerana ianya university yg agak
kukuh dan bidang saya di situ agak mature dan senang untuk buat research (dari
segi peralatan). Malah elaun keluarga diluar negara turut disediakan.
l UITM pula mempunyai lokasi yg strategik, iaitu Shah Alam. Senang
untuk suami yang tidak perlu berhenti kerja jika kami terpaksa berpindah ke
nibong tebal. Akan tetapi, di cawangan mana yang akan saya berkhidmat selepas
tamat belajar belum lagi ditentukan. So ada risiko di situ. Dan ianya single
scholarship, tanpa elaun keluarga. All expenses involving suami dan anak, poket
sendiri bayar seperti tiket katubang.huhuhu
l Tetapi kedua-duanya tidak membenarkan saya untuk sambung di UK!! USM
mencadangkan kepada saya Delft di Holland, ETH Zurich di Swiss atau Perancis.
Manakala UITM tak kesah, janji bukan UK.
l Saya cuba Delft, tetapi jawapan negative diterima. Ini kerana setiap
pelajar PhD di bayar oleh university, so kemasukan agak selektif. ETH Zurich
pula bersedia untuk menerima saya, tetapi saya pula tidak bersedia ke sana kerana
bg diorang, 4 tahun PhD adalah singkat. Average adalah 6 tahun!
l Saya menukar lagi destinasi: kali ini bumi Australia. Gigih nak dok
kat negara cakap omputih yoo.
l Diterima utk ke Univ of Melbourne, tetapi tidak mendapat kelulusan
dari dekan fakulti elektrik, UITM. Ketika itu dah nak bulan 6 2013. Sudah
setahun setengah, saya masih ding dong ding dong dengan tempat belajar dan
scholarship. Sedangkan offer untuk TPM tamat pada 30 September 2013. Sungguh
stress dan banyak air mata tumpah. Huhuuhu. Dekan menyuruh saya mencari tempat
di negara asia seperti Jepun.
l Maka Jepun lah destinasi saya. Suami turut mendapat tempat untuk
sambung belajar di university yang sama. Dan dia juga mendapat pinjaman
MARA.Alhamdulillah.
l Saya turut mendapat pinjaman MARA, malah dgn pinjaman MARA dapat lah
kami ke UK, sbb MARA tak kesah! Huhu. Batch pinjaman MARA 2013, almost 99%
sambung belajar di UK untuk peringkat lepasan ijazah. Craze mehh! Jeles pon ade
T-T. Tu antara dugaan untuk hati kami berdua. Klu ikutkan hati, mmg nak terbang
ke UK, but klu ikutkan akal, tamat je belaja, dibebankan dengan pinjaman pula.
Assobru minal iman.
l Selepas mendapat offer letter dari university di Jepun, bermulalah
perang menyudahkan permohonan saya untuk sambung belajar under TPM UITM. Dan
juga perang melayan karenah bureaucracy. Owh my, kalau di pikirkan, tak sangguh
dah kot nak melaluinye kembali.
l Saya perlu menghantar sebeban dokumen kepada pihak UITM agak dapat
mereka sampaikan kepada pihak KPT. Antara dokumen yang diperlukan adalah surat
berhenti kerja saya dari tempat kerja saya ketika itu.
l Agak gementar, gemuruh, malah tidak tahu adakah itu keputusan yang
betul, kerana masih ada risiko seperti KPT tidak bersetuju untuk saya sambung
belajar diluar negara, atau saya tidak sempat terbang untuk sambung belajar
sebelum 30 September. Maka ada risiko yang saya tidak dapat sambung belajar dan
jobless.
l Saya juga perlu membentangkan research proposal di hadapan panel
UITM dalam tempoh yang ada, serta mendapat perlepasan kontrak dari pihak JPA.
Dan percayalah, hal ini menyebabkan permohonan saya untuk sampai ke KPT
tertangguh hampir dua bulan T-T.
l Gara-gara permasalah di Mesir, KPT tidak bersidang pada bulan 8.
Sedangkan saya menunggu surat dari KPT untuk dihantar ke jepun agar pihak
university dapat memohon COE buat saya dan keluarga. COE atau certificate of
eligibility ni diperlukan untuk sesiapa yang ingin memohon visa memasuki jepun
lebih dari 3 bulan. COE pula mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan
untuk diluluskan.
l Menghubungi pihak KPT adalah mimpi ngeri. Telefon tidak berangkat,
email tidak berjawab. (even sekarang pon). A total nightmare T-T
l Jawapan yang di terima oleh pihak KPT, mereka tidak bersidang pada
bulan 8 dan mungkin akan bersidang pada 13 September. Ya Allah, hanya Dia yang
tahu betapa panic dan cemasnya kami ketika itu. Sempatkah untuk kami menerima
COE, memohon visa dan kemudianya terbang ke Jepun sebelum 30 September. Hanya
kepada Allah kami berserah. Miracle can happens, only with His approval.
l Kami tidak packing, tidak bersiap lansung untuk ke luar negara.
Tiba-tiba di suatu petang pada 5 September, saya menerima email mengandungi
ayat di bawah:
l Sujud syukur kami kepada Mu ya Allah. Itu status saya di FB sebaik sahaja membaca email ini. Terus saya download surat tawaran KPT untuk di email kepada pihak university di Jepun.
l Banyak lagi dugaan lain menyusul selepas itu yang saya tak dapat dikongsikan. Antaranya, tarikh tawaran biasiswa yang bermula pada 1 Oktober kerana offer letter university menyatakan saya start belajar pada 1 October. UITM menyuruh saya untuk menghubungi university (dan juga KPT) untuk menukar offer letter itu di mana saya sepatutnya start belaja pada hari sebelumnya, iaitu 30 September. Jika tidak tawaran TPM dikira tamat, dan jika saya ingin menangguhkan tawaran TPM, saya perlu masuk meeting senat segala untuk mendapat kelulusan. Owh tidak sama sekali. Nasib baik supervisor saya sangat memahami dan KPT pon tade karenah untuk tukar surat tawaran.
l 3 hari terakhir di Malaysia kami gunakan untuk mengemas rumah, pack barang, pack bag, pos barang ke Jepun. Walaupon family kedua-dua pihak datang dari jauh, tidaklah dapat kami spend masa bersama mereka. Owh sungguh rasa bersalah T-T.
l Kami akhirnye berlepas pada 29hb September 2013 menaiki Singapore Airlines
l Dan selamat tiba di Fukuoka Airport pada pagi 30 September 2013. Maka bermulalah kembara kami di bumi Nihon.
Tahniah!
Tuan/Puan telah berjaya menerima tawaran biasiswa
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang diuruskan bersama dengan
majikan tuan/puan.
l Sujud syukur kami kepada Mu ya Allah. Itu status saya di FB sebaik sahaja membaca email ini. Terus saya download surat tawaran KPT untuk di email kepada pihak university di Jepun.
l Banyak lagi dugaan lain menyusul selepas itu yang saya tak dapat dikongsikan. Antaranya, tarikh tawaran biasiswa yang bermula pada 1 Oktober kerana offer letter university menyatakan saya start belajar pada 1 October. UITM menyuruh saya untuk menghubungi university (dan juga KPT) untuk menukar offer letter itu di mana saya sepatutnya start belaja pada hari sebelumnya, iaitu 30 September. Jika tidak tawaran TPM dikira tamat, dan jika saya ingin menangguhkan tawaran TPM, saya perlu masuk meeting senat segala untuk mendapat kelulusan. Owh tidak sama sekali. Nasib baik supervisor saya sangat memahami dan KPT pon tade karenah untuk tukar surat tawaran.
l 3 hari terakhir di Malaysia kami gunakan untuk mengemas rumah, pack barang, pack bag, pos barang ke Jepun. Walaupon family kedua-dua pihak datang dari jauh, tidaklah dapat kami spend masa bersama mereka. Owh sungguh rasa bersalah T-T.
l Kami akhirnye berlepas pada 29hb September 2013 menaiki Singapore Airlines
l Dan selamat tiba di Fukuoka Airport pada pagi 30 September 2013. Maka bermulalah kembara kami di bumi Nihon.
Nantikan entry saya kenapa Allah menghantar saya ke Jepun, bukan UK.
8 commentaires:
tragis nya kisah u dear!btw, tahniah sudah smpi jepun!=) i think rmi malaysian in fukoka . i also have friends buat phd in kyushu uni..=) take care and update la selalu psl bumi jepun. one of my dream country to live..maybe soon!hehe.
Hello,
I recently created an infographic on behalf of the brand Gaviscon that gives useful information to future moms about How to fight gastro-esophageal reflux and heartburn in pregnancy / Bagaimana menangani gastro-exophageal reflux dan pedih-ulu hati semasa mengandung.
As you yourself were pregnant not so long ago, I thought that you may be interested in sharing this content with your readers, whether they are pregnant or soon to be pregnant.
You can contact me on laura@lionandlion.com if you want to see the infographic.
Also, please note that:
- This is not an advertising campaign (no payment involved). The purpose here is to share information with whoever is interested in it.
I'm looking forward to hearing from you.
Best regards,
Laura
omak aaaiihh... tragis betul. hehehee.. all the best for u emi!! :)
wohoo.. membacenye pon rasa nk nangis.. hihihi
saye baru balik dari tokyo bulan december. tp pegi berjalan la. pada saye jepun adalah best :) suka cara derang, budaya, tempat yg tenang. kalau diberi peluang, nak sangat pegi lagi, or duduk sana hehehe :)
best of luck :)
Baru dapat tahu yg u dh sampai Japan. Alhamdulillah. Mmg byk cabaran dan dugaan nak sambung belajar ni kan? Bila baca entry u ni terkejut baca yg ETH perlukan 6 tahun utk PhD. Huhu.. Anyway, all the best dear! 😉
Reen: btol tu..jepun sangat2 berbeza..mula2 datang mmg rase jugak culture shock nye..hehhe
hana: hihihi tuh la.. mmg bubye Australia..tak tercapai impian nak dok sane..h hihi..thanks dear..gud luck to u too..haa tuh laa..ETH zurich ckp cenggitu..terus ckp tak jadi le..sape nak sponsor klu 6 tahun huhu
omak Farha: tq tq ::hugss::..rindu ko weh
Enregistrer un commentaire