Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
Affichage des articles dont le libellé est kekeluargaan. Afficher tous les articles
Affichage des articles dont le libellé est kekeluargaan. Afficher tous les articles

mercredi 20 juin 2012

Bayi 9 bulan minum kopi untuk mengalas perut..sobs


Minggu lepas, saya terbace kisah seorang bayi  yang hanya mengalas perut dengan air masak dan air kopi disebabkan oleh kesempitan hidup. Kisahnya sangat meruntun hati saya, lebih2 lagi bayi tersebut (Awang) berusia baru 9 bulan. Teringat pulak anak di rumah.

Inilah kisahnya:

sekadar berkongsi.. 
sesiapa yg boleh membantu ibu ini silakan..
di copy dr : Noor Hidayah Mohd Nasir 
Jiwa sgt2 terusik & tak tenteram baca ttg kisah seorg ibu & baby boy dia 9bln, sgt2 susah sampai baby diberi minum air masak & kopi hari2 sbb susu formula mahal, si ibu susu dah kering sbb x cukup makan, berpeluang mkn nasi cuma bila ada kenduri shj..baby tu baju pun x pakai sbb xde baju..Ya Allah, tak terbayang ada org sebegitu susah di zaman moden ni, di bumi bertuah kita ni.. :'( 
Di bwh ni sy share details sbgmana yg dikongsi oleh Salwani Ibrahim di Kumpulan Ibu2 Menyusukan:
"nama ibu :Rokiah Ibrahim (nama ayh same ngn sy tp bkn adik bradik sy tau)
umur : 25
no ic: 871022-02-5844
alamat: no 44, Felcra Kubang Kenyeng, 06350 Naka, Alor Setar Kdh (posmen x sampai alamat ni, kalau nak sumbang barang kena dtg htr ke alamat ni atau kirimkan pd Salwani ibrahim di alamat di bwh) 
detail: anak tok tiri sy mmg agak ssh.die xleh susu kan anak die sbb die pon mkn xckup susu kering cpt.husband die tglkan masa preg lg.kesian tgk baby die kdg2 xckup susu.fm kan mhl.skg ni anak die br msk 9bln cmtu.mase die 3bln cmtu pnh xckup duit beli fm die hanya bg minum air msk hari2.segan nk mintak tlg org. 
Baru ni sdare sy p jenguk baby die dan tgk botol susu die hitam,puting pon hitam.die tanye la nape smpai itam cmni?mak baby tu jwb,susu da sbulan xbeli.baby hari2 minum air kopi.erk,xpe ke.mak baby tu kate die kenyang je.bj pon xpkai time tu mlm ujan.
Pastu g dapo die tgk msk air atas kayu api.gas da abes lame dah.mkn nasik pon tunggu ade kenduri.
minggu ni tok tiri sy tu suruh tinggal ngn dia kat pendang sbb anak die mengangis byk hari dah sbb sakit perut.gas pon xde, ssh nak msk pape.minggu depan br blk kot. sy ada tanye kebajikan xbg ke, die kate dr anak die 2bln da mintak tp skg anak die da 9bln..xdpt pape pon. 
ak bg bantuan boleh la bank in kat sy (pm sy eh.nt sy bg no akaun).brg2 kalo nk pos ke sy pon bole jugak.sbb die xde transport kalo brg xsmpai kat umh.
insyaAllah sy akan sampaikan dgn jujur. niat sy pon nak membantu walaupon die baru je jd sedara sy, dan br sedar akan kesusahan die. syukur sgt tokwan sy dijodohkan dgn tok tiri baru sy tu..sekurang2 nye kite nmpk kan.." 
Kalau ada sesiapa yg bermurah hati nak tolong ibu & anak ini, boleh pos/htr brg2 bantuan ke:
Salwani Ibrahim
No 2A lorong juru indah 1, desa juru indah,
14100 Simpang ampat, penang..
Atau kalau ingin menyumbang wang boleh disalurkan ke:
No acc maybank:
151258541950 Noor Salwani Binti Ibrahim
Email: salwani.ibrahim@gmail.com 
Semoga Allah murahkan rezeki semua yg membantu & mudah2an Allah pelihara kedua2 mereka ini & dipermudahkan kehidupan mereka selps ini dgn bantuan kalian, insya-Allah..

More details can be found dalam blog Pn Salwani. Dalam latest entry, ada dia letak gambar2 semasa lawatan beliau untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tersebut.

Me myself, saya ada email personally Pn Salwani untuk bertanyakan apakah keperluan yg diperlukan. And she said, one of them is peti sejuk. Sekarang ni, mereka hanya makan ikan bilis je, kerana tiada tempat untuk menyimpan barang2 basah.

So I am launching a fund (from today till 30 June 2012) untuk membeli peti sejuk. RM10 pon sudah memadai. Jika ada 100 orang, dah dapat kumpul RM1k, cukup untuk membeli peti sejuk yg bersaiz kecil. Duit kutipan akan diserahkan kepada Pn Salwani untuk urusan pembelian dan penghantaran. Sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk pembelian peti sejuk, boleh menghubungi saya melalui email lumiere.damour@gmail.com

Otherwise, untuk memberi sumbangan (dalam bentuk wang atau pun bendaan) boleh berurusan secara lansung dengan Pn Salwani di email beliau salwani.ibrahim@gmail.com
She is going to visit the family again in July, so for those yang nak pos barang2 keperluan, boleh berbuat demikian sebelum July.

I have no personal benefits by doing this. Saya juga tidak kenal Pn Salwani atau pon keluarga Awang dan saya tidak tahu kenapa diorang boleh hidup dalam kemiskinan sebegitu. My intention is to help the family, especially the baby Awang. Mudahan2 dengan bantuan tidak seberapa ini, they can have a better life and a better future, dan Awang membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada masyarakat.Insya-Allah.

vendredi 15 octobre 2010

c'est inacceptable!

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan..makin banyak kisah2 kemalangan bayi dan kanak-kanak yg dilaporkan di media massa..
dan yang paling teruk, bukan saja kemalangan2 itu menyebabkan kecederaan kepada insan yg kecil ini, malah meragut nyawa mereka.

Sometimes, bile sy bukak paper n terpapar kisah2 begini..
saye just bace title je..tak sampai ati nak bace in details
sbb rase sedey dan bersimpati sgt kat nasib mereka

Kes tersedak susu sudah acap kali sy dgr pada tahun ini
dan ari ni..runtun lagi hati bile terbace title bayi meninggal kerana terjatuh di rumah pengasuh dan bayi cedera dihempap siling hospital sehingga kepalanya bengkak, dan tidak diberi rawatan susulan oleh pihak yg berkenaan

ya Allah..cuainya manusia di zaman ini!
culass nya orang2 dewasa yang mempunyai akal di kala ini!

membaca kes2 begini membuatkan sy gerun
dimanakah tempat yg selamat utk bayi saya(insya-Allah, bila dikurniakan rezeki olehNya) nanti, memandangkan kami berdua bekerja sepenuh masa

mengupah maid is not the best solution neither
memandangkan ianya sgt mahal, malah maid2 ni ade yg buat perangai dan sukar utk dipercayai..dan saye kalau boleh, mmg tak nak ade maid kat dlm rumah..mengganggu privasi! lagipon sy tak reti nak mengarah..nak complaint lg le..tgk2 at last, sy yg buat sendiri semua, maid goyang kaki..hahaha

so for me, sy akan try mengerah kudrat dan tenaga utk menguruskan rumah dan keluarga, daripada bergantung kepada maid (insya-Allah)

so persoalan yg sama masih timbul: dimanakah tempat yg selamat utk bayi saya?

i think it's about time gov menyediakan pusat2 utk melatih pengasuh dan penjaga kanak2
memaksa mereka yg ingin terjun di dalam bidang ini untuk mempunyai sijil/diploma yg diiktiraf
memberi kemudahan utk mereka untuk menjalani latihan setiap tahun
seperti yg dibuat di negara2 maju

yes, dunt be too shock..di UK, mengikut kakak saya
setiap org dewasa yg terlibat dlm nursery, harus mempunyai kelayakan yg telah ditetapkan utk bekerja di nursery. mereka yg terlibat mmg mahir dlm bidang ini, dari segi penjagaan, penyediaan makanan, tindakan yg perlu diambil untuk kes kecemasan dll. malah mereka diwajib menjalani latihan setiap tahun agar mereka ni slalu up-to-date pasal penjagaan bayi dan kanak2.

last resort..jadi suri rumah tangga sepenuh masa..i likeee!! tp kewangan and cost of living sungguh tak mengizinkan..sighhh.

ps. im going to shah alam tonite..to watch Maher Zain's concert..hubby belanje =) sukeeeeee!..je t'aime =)

lundi 11 octobre 2010

JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Buat renungan suami isteri

I found this article at UmmuHusna and i think it is worth to share with u guys. Her blog and her hubby's blog www.zaharuddin.net are among my favs. Banyak ilmu agama dan kekeluargaan yg mereka kongsikan. Not to forget, website www.saifulislam.com, juga membincangkan isu kekeluargaan dari sudut agama.

“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.

“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.

“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.

Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.

‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIAN
Buat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :



“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.

Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.

Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”


Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.

Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?

SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.

Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.


PERUBAHAN
Sikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN
“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.

Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah…

Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Jumpa lagi, InsyaALLAH.

source: www.ummuhusna99.blogspot.com

mercredi 28 juillet 2010

bercinta hingga ke syurga

I found this article in utusan melayu online, bahagian "keluarga". It's about how to confront perselisihan faham di dlm rumahtangga. Saya yakin (bukan mendoakan) perselisihan faham between a husband and his wife ni akan kita semua lalui, tak kira betapa sayang dan cinta nya kita kepada pasangan masing2, konflik ini akan ada, cuma besar ke kecil tu, terpulang kepada kita untuk menguruskannya.

Sbg cth, kite yg tgh berkapel, or dah bertunang pon still ade mase kite berperang besar kan?Gaduh tanak bercakap, merajuk tanak telefon/sms/berjumpe, ego sampai tanak mintak maaf, sampai ke tahap nak putuskan hubungan, then sakit hati sensorang dlm bilik bila si dia buat tidak endah? Hahahaha that was so me!(ok i dah slowly berubahh, that's why i used "was" :P )

So just imagine bile kite masuk ke alam perkahwinan nanti, bile kite bangun pagi, muka org yg same yg kite tgk, balik dari kerja, muka yg tu jugak yg ada..nak masuk tido pon, muka itu masih tidak berubah menjadi brad pitt or angelina jolie. Dan ianya akan sentiasa berlaku sepanjang hayat kita, insya-Allah .
bercinta hingga ke syurga tau, tu yang ustaz mase kursus kahwin tu ajar..takkan la kite nak bercinta bagai nak rak di dunia, tp disyurga kelak kite terpisah (nauzubillah)

Maka perselisihan faham ni mmg akan berlaku, even utk perkara yg remeh temeh like cik abang tersilap beli yogurt drink perasa lemon instead of strawberry or si dia tertido depan tv bile same2 tgk movie yg u sgt suka, sedangkan dia bleh berjaga sampai ke pagi semata2 utk tgk bola..hehhee...contoh aje tau..jgn ikut pulak.

My point is, all these perkara remeh temeh, once they are accumulated, akan jadi big issue if kite tak pandai nak handle. Bile dah geram sgt, sure terkeluar segala tok nenek yg kite dok pendam kan. My advice wud be, yg remeh tu, pejamkan mata aje. Tak worth it pon nak berselisih faham pasal2 macam tu. Focus our energy on something else.

But, bile kite dah tak dapat nak mengawal diri, artikel dibawah menyediakan tatasusila kita bile kite "berperang" dgn org tersayang, agar ianya tidak berpanjangan dan membawa impak kepada rumahtangga kita.

Usah panjangkan selisih faham

Perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah. Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada umatnya

Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.

Pasangan seharusnya menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup dua insan berlainan jantina dan mempunyai latar belakang yang berbeza.

Akibat perbezaan itu, ia mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa individu dan seterusnya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan.

Menurut Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Nor Shadira Jamaluddin perselisihan faham boleh dielakkan sekiranya kedua-dua belah pihak saling menghormati.

"Dalam kehidupan normal, mana mungkin tidak berlaku pertelingkahan bak kata P. Ramlee sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri,'' ujarnya tegas.

Katanya lagi, dunia rumah tangga boleh diibaratkan seperti air lautan ada pasang surutnya. Ada masa air laut bergelora dan ombak akan mengganas menghempas pantai.

"Begitulah juga dalam kehidupan berumah tangga ada masa kita gembira serta bahagia dan kadangkala pula dirasakan rumah tangga begitu membosankan sehingga berlaku pergaduhan,'' ujarnya lagi.

Walau bagaimana rapatnya hubungan suami isteri, pasti akan berlaku pertelingkahan kecil atau terbitnya rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini mudah berlaku ibarat lidah dan gigi pasti akan tergigit juga.

Namun, yang membimbangkan ialah sekiranya perkara seperti ini tidak dibendung akan mengakibatkan hubungan suami isteri retak dan seterusnya hancur.

Seharusnya dalam pergaduhan antara pasangan, jangan ungkit perkara-perkara yang telah berlaku.

"Hal sedemikian hanya akan menimbulkan lagi kemarahan antara pasangan, sebaliknya salah seorang perlu bertindak mendiamkan bagi mengelak keadaan terus panas,'' katanya lagi.

Katanya, dalam pergaduhan, kadang kala ia boleh mematangkan perhubungan suami isteri.

Namun harus diingatkan supaya elakkan perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu.

Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan, kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri namun harus diingatkan supaya tidak menggunakan bahasa yang kesat.

"Walaupun pedih disakiti pasangan namun jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kotor, lucah, mencarut kepada pasangan sebaliknya berfikirlah secara bijaksana," katanya.

Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.