Sbg cth, kite yg tgh berkapel, or dah bertunang pon still ade mase kite berperang besar kan?Gaduh tanak bercakap, merajuk tanak telefon/sms/berjumpe, ego sampai tanak mintak maaf, sampai ke tahap nak putuskan hubungan, then sakit hati sensorang dlm bilik bila si dia buat tidak endah? Hahahaha that was so me!(ok i dah slowly berubahh, that's why i used "was" :P )
So just imagine bile kite masuk ke alam perkahwinan nanti, bile kite bangun pagi, muka org yg same yg kite tgk, balik dari kerja, muka yg tu jugak yg ada..nak masuk tido pon, muka itu masih tidak berubah menjadi brad pitt or angelina jolie. Dan ianya akan sentiasa berlaku sepanjang hayat kita, insya-Allah .
bercinta hingga ke syurga tau, tu yang ustaz mase kursus kahwin tu ajar..takkan la kite nak bercinta bagai nak rak di dunia, tp disyurga kelak kite terpisah (nauzubillah)
Maka perselisihan faham ni mmg akan berlaku, even utk perkara yg remeh temeh like cik abang tersilap beli yogurt drink perasa lemon instead of strawberry or si dia tertido depan tv bile same2 tgk movie yg u sgt suka, sedangkan dia bleh berjaga sampai ke pagi semata2 utk tgk bola..hehhee...contoh aje tau..jgn ikut pulak.
My point is, all these perkara remeh temeh, once they are accumulated, akan jadi big issue if kite tak pandai nak handle. Bile dah geram sgt, sure terkeluar segala tok nenek yg kite dok pendam kan. My advice wud be, yg remeh tu, pejamkan mata aje. Tak worth it pon nak berselisih faham pasal2 macam tu. Focus our energy on something else.
But, bile kite dah tak dapat nak mengawal diri, artikel dibawah menyediakan tatasusila kita bile kite "berperang" dgn org tersayang, agar ianya tidak berpanjangan dan membawa impak kepada rumahtangga kita.
Usah panjangkan selisih faham
Perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah. Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada umatnya
Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.
Pasangan seharusnya menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup dua insan berlainan jantina dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
Akibat perbezaan itu, ia mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa individu dan seterusnya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan.
Menurut Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Nor Shadira Jamaluddin perselisihan faham boleh dielakkan sekiranya kedua-dua belah pihak saling menghormati.
"Dalam kehidupan normal, mana mungkin tidak berlaku pertelingkahan bak kata P. Ramlee sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri,'' ujarnya tegas.
Katanya lagi, dunia rumah tangga boleh diibaratkan seperti air lautan ada pasang surutnya. Ada masa air laut bergelora dan ombak akan mengganas menghempas pantai.
"Begitulah juga dalam kehidupan berumah tangga ada masa kita gembira serta bahagia dan kadangkala pula dirasakan rumah tangga begitu membosankan sehingga berlaku pergaduhan,'' ujarnya lagi.
Walau bagaimana rapatnya hubungan suami isteri, pasti akan berlaku pertelingkahan kecil atau terbitnya rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini mudah berlaku ibarat lidah dan gigi pasti akan tergigit juga.
Namun, yang membimbangkan ialah sekiranya perkara seperti ini tidak dibendung akan mengakibatkan hubungan suami isteri retak dan seterusnya hancur.
Seharusnya dalam pergaduhan antara pasangan, jangan ungkit perkara-perkara yang telah berlaku.
"Hal sedemikian hanya akan menimbulkan lagi kemarahan antara pasangan, sebaliknya salah seorang perlu bertindak mendiamkan bagi mengelak keadaan terus panas,'' katanya lagi.
Katanya, dalam pergaduhan, kadang kala ia boleh mematangkan perhubungan suami isteri.
Namun harus diingatkan supaya elakkan perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu.
Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan, kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri namun harus diingatkan supaya tidak menggunakan bahasa yang kesat.
"Walaupun pedih disakiti pasangan namun jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kotor, lucah, mencarut kepada pasangan sebaliknya berfikirlah secara bijaksana," katanya.
Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.
7 commentaires:
woah! good entry. Likes!
thanks adda =)
hehee..good one!i dah baca and harus suruh dia baca.theeheee..
agree. betol tue, stakat ni perkara remeh temeh tu mmg i pejam mata je, tp kadang2 tegur jugak dalam gurauan.. jgn tegur on the spot lak.. sbb perkara kecik je kot.. hehe
nasihat melalui pengalaman: slps berselisih paham, sila gunakan kuasa perempuan anda. hehe ;p nnti amalina dh kawen paham la kot..
jaja: suruhh jangan tak suruh ;)
aifa: hahhaa..gelakan dan senyuman i ni rasenye dah menandakan i paham ape u nak ckp :D hahhhaa
ermmm minta-minta masa tuu kita dapat pikir laa kan hehe...
kadang2 bila dah alami kita masih buat jugak ape yang selalu orang buat....
jadi kena pikir dulu sebelum buat ape2 betul tak hehe...
selalu mengingatkan diri sendiri :)
eija: yup..org kata bermuhasabah dlm kehidupan..hihihi
Enregistrer un commentaire