Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

lundi 11 mars 2013

Perang Susu Formula-Susu Ibu & Homemade Food-All other sort of food is “Ridikulus”!


Salam..haihh..senyap menyepi..tetibe buat entry emo pulak?Update pasal Legoland pon terperap je..opss

Huhu harap jangan ada yang sentap. Bace dengan minda terbuka ye =)

Okeih..lately saya tengok banyak sangat perang-perang di alam cyber mengenai susu dan makanan untuk bayi.  Saya tahu, semua mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. But tak perlu la kot extreme sangat.. I mean come on..we can try to educate people (NICELY please) but tak perlu la nak bercakap berapi, lagak macam kite sorang je betul..yang lain semua salah. Ilmu Allah sangat luas bukan?Bagaimana kita boleh yakin info kita 100% betul? ;)

Yes..susu ibu adalah yang terbaik..saya sendiri masih menyusu anak cinta hati saya, but saya takde isu dengan sesiapa yang memberikan susu formula kepada anaknya. My bestfriend, yang sangat2 inginkan menyusu anaknya, juga tidak berjaya, di atas faktor kesihatan. See..setiap orang ada situasi dan keadaan nye sendiri. So don’t go around and judge other people bile mereka memberikan susu formula kepada anak masing2 kerana anda seorang yang menyusu badan. If betul la orang itu memberi susu formula kerana sedikit pon tiada usaha untuk menyusu, tindakan yang patut diambil adalah contact org tersebut personally, offer untuk bantu dia dalam penyusuan. Tidak perlu letak post, entry or anything just untuk luahkan kejengkelan anda mengenai susu formula because it wont do any good. Susu formula bukannya racun, malah anda juga mungkin dibesarkan dengan susu formula. May I ask, do you have any health issue recently? :p

How about fresh milk and raw milk or santan milk? Saya adalah alasan sendiri apabila orang bertanyakan soalan begini, manakala susu santan..well..adakah anda sanggup untuk minum 16oz-20oz santan everyday?Saya seriously tidak sanggup. Klu air kelapa..any time! (ok just kidding)

About homemade food pula..yes..ianya sangat sangat sangat bagus untuk anak anda..i dunt deny that.. me myself cook for my lil baby (eventho babysitter ckp Hakim bleh je makan ape yang dia masak..but I just dunt trust her)..until recently I started to introduce family food to him. Alhamdulillah, so far so good..his appetite increases =)

However, if you see any mommy yang bagi processed food to her kids, please jangan tengok ala2 nak telan mommy tu yer. If you have guts, you can just approach her and ask her nicely, why bg ni..maybe bleh cuba introduce makanan lagi berkhasiat..bla bla bla..well you know..u want to spread the benefits of homemade food, kena la cara yang berkhemah , ehh berhemah..Tak perlu nak marah, nak emo, nak cakap..kesiannya bayi tu..mak dia dok kasi makanan tak elok..bla bla bla..or worst..put up an entry or a post  “ tadi aku tengah Q kat kaunter, nampak maknye suap biskut kat anaknye..kecikkkk lagii” ..will it do any good?nope. you just bg image kat orang lain yg u ni kaki kepochi suka ngata orang.

If any of your relatives would like to interfere dalam ur “rules and guidelines” dalam memberi makanan kepada anak, it is your RESPOSIBILITY, utk educate mereka (be gentle and nice).  Bg saya senang je, start ayat dengan “ Doktor kata Hakim elok makan ini ini ini..nestum pulak, DR tak galakkan sebabnye manih leting” ß cth ayat. Then even my mom pon ckp..owhh bagus la cemtu.. Alasan paling simple yang saya pernah kasi adalah” maaf ye, Hakim still tak leh mengunyah..makan ni kang nanti tercekik” terus terbatal hasrat orang yg nak menyuap cake :p

You can use another person yang mane ur relatives percaya. Cth lagi, if dalam keluarga ade doktor kan, cer bukak topik pasal pemakanan anak bile tgh dok bersembang ramai2..mesti ur relatives pon tereducate same=) so handle them nicely..sebab they are ur family..tak perlu nak up satus “My mom tak faham2 ke..asik nak soh Ana kasi susu formula la,,kasi nestum laa” this is soooo wrong ethically..salah mereka kerana tidak faham? Baik salahkan diri sendiri kerana masih tidak berjaya untuk educate mereka. Maybe you have try..but not at your best.

Satu lagi isu, if ada mommy kasi processed food, tak perlu anda jadi pak polis tiup wisel dan marah terus keluarkan saman kepada mommy tersebut. Yes homemade is good, tapi processed food bukanlah racun. Be reasonable, be wise, and open your mind. If nak tegur, then tegur secara baik. Tiada pon perkara yang betul atau yang salah. It is all open for discussion.

Saya selalu hairan bila tengok mommies yang bersuara lantang mengenai “nak yang terbaik untuk anak” but untuk diri sendiri..hanya ala kadar..mereka masih makan di all fast food restaurants, makan baskin & robins, minum air manis more than 2 cups daily..so saya tertanya..kenapa hanya anak?kenapa bukan kita? Insya-Allah anak kita akan hidup panjang..jauh lagi perjalanan..banyak lagi ilmu yang dia perlu korek..sedangkan kita..lagi beberapa tahun atau dekad akan cecah umur menopause? BMI badan pon bukan lagi ideal..tidakkah kita risau, kerana kesihatan diri kita yang menurun, kita terpaksa meninggalkan alam fana di kala anak tergapai2 menyertai rencah kehidupan? So kembali kepada persoalan saya..kenapa kepentingan anak sahaja yang diperjuangkan?

Bagi saya, bersederhanalah dalam segala-galanya. Memang ianya menjadi jihad untuk kita menyebarkan info mengenai susu ibu, homemade food kerana terlampau banyak kelebihan, but approach kite sepatutnya berhemah. Jangan kerana mengejar pahala menyebarkan info yang baik, tetapi dosa pulak kita kumpul kerana cara kita yang kasar, bongkak dan riak. Nauzubillah.

Nota kaki:
  • Saya pro susu ibu, tetapi saya tidak mengeji susu formula yang menjadi darah daging saya
  • Saya pro homemade food, tetapi saya tidak mengeji makanan-makanan bayi yang lain
  • Saya adalah seorang researcher, dan saya juga tahu, apabila hasil dari sesuatu kajian dibentangkan kepada umum, ianya bukan bermaksud kajian lain yang memberikan hasil bertentangan dengan kajian tersebut adalah salah, atau kajian itu sahaja yang betul. Ia nya hanya membawa maksud, permasalahan yang dikaji itu dibuka lagi untuk perbincangan dan kajian yang lebih mendalam. Wallahualam.
  • Sesiapa yang ingin meletakkan gambar homemade food yg dimasaknya  mempunyai hak yang sama dengan orang yang ingin meletak gambar susu yang diperah. Dont they? =)

Harap memberi manfaat.

Tulisan saya hanya untuk blog saya sahaja. Tidak dibenarkan untuk dicopy paste di mana-mana media cetak umum atau privasi. Tidak jugak dibenarkan untuk disebarkan. 

7 commentaires:

BAIZURA NATASHA a dit…

I setuju 100%. I pun selalu quote, 'Dr cakap....bla bla bla'... Yep, tugas kita untuk educate orang, bukan sound terus mintak orang faham. Penah baca kat group ne, si ibu tanya apa susu formula yang sesuai nak bagii kat anak dia? Bederet semua polis dok sound nape tak bg bm je? At the end si ibu ne tak dapat pun jwpn. Kesian.

Amalina a dit…

kan..nak decide untuk kasi FM pon bukan senang for some mommies..so tak perle put more pressure on her..setiap ibu memang mau yang terbaek untuk anak..siapa tanak kan? =)

sbb tu saya syorkan, klu nak tanye pasal FM ni, tanye tempat yg sesuai, silap tanye, kita pulak terkena..huhu

ettyzukhair a dit…

setuju..setuju...setuju..tggulah sok2 kena kat batang hidung sendri baru tau langit tinggi rendah...time susu masyuk melimpah ruah mmg lah kan..but bila susu tibe2 kering/preggy ke..ha..mau terduduk.. karma..what goes around comes around..roda berputar..ha semua peribahasa pujangga keluar dah..sapa xnak bagi yg terbaik utk anak masing2..but if condemned org lain tu xpatotlah..jgn letak otak kat lutut..i mmg dh pening kalu masuk group2 tu..now cam ade newcomer yg over react sgt2..

Amalina a dit…

hihihihihihi...saye tak refer to mane2 group..ni teguran secara general.. banyak sgt terbace orang yang yang marah sedara mara hatta parents sendiri sebab tak faham pasal penyusuan n pemakanan bayi, pestu orang yg nak share info pulak ayat nye kasar2 belaka..maybe excited sgt nak share gud info or maybe sbb dia collect banyak info so tetibe nak jadi pengetua?ntah le..huhu

Sya Sakura a dit…

I'm with you. I think those mothers are either insensitive or immature. Takde faedah duk mengata orang in public. Esp. those yang mengata pasal mak or mak mertua tu. And i too think that 'moderation is key!' Kalau extreme sgt pon not good kan?

Anyway, i'm a researcher too. And when i write my articles, of course akan compare with other ppl's results. Some results will correlate with our findings but some totally lain. Lagi pon it depends on the parameters being researched kan? kadang2 kalau research psl medical issues ni, sample size dia pon vary. Kalau dia duk study 150 orang je, x semestinya beribu orang yang dia x test tu will show or exhibit similar trends/outcomes.

QueenBz a dit…

120% setuju.
Perang yang tak matang langsung semua nak tunjuk bagus, dan kadang² newcomers yg baru nak belajar jadi takut sebab ade org² yg suka nak kondem org lain nie.

dan satu lagi, tak perlu nak blame diri sendiri tak jadi mak yg baiklah, nak emo tak pasal,kalau tak dapat itu-ini konon nak kan yg terbaik utk anak.

Sepatutnya, cuba utk fikirkan cara yg lain yg setidak²nya dapat menyenangkan kita, tak pressure dan dalam masa yg sama anak pun sehat, Insyallah!

:) peace yaw!

tik a dit…

My honest opion: Every mother is the best mother to their children. Tak kira penyusuan ibu atau formula, or homemade food or ready made food. Siapa kita nak cakap itu tak bagus ini tak bagus. We are not in her shoes right. Please do not think that you are superior than other mother. Even you are a mother to 11 children that are very succesful, you do not have the right to critic other mothers. All the acticles about penyusuan ibu dan homemade food are the guidelines for you to follow. But it is not wrong for you to give your baby formula or ready made food. Studies never show that if you give formula milk or ready made food, your baby will sick or become dumb. So please remember that all mothers always want the best for their children.