Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

jeudi 9 décembre 2010

Kayumas Homestay (Kota Bharu)

Hola Ladies..que tal?muy bien?

ok..ni post utk promote homestay milik family..
well..rumah saye kat kltn actually ade 4 bilik..tp still tak cukup utk kami 6 beradik..huhu
so my parents buat bilik2 diluar rumah..sort of studio la..macam rumah..tp just contains 1 bilik n 1 washroom each
so skang ni kami dah ade 4 studio di kawasan rumah kami..
satu studio dah org jepun amik...so tinggal lagi 3..
memandangkan kami adik beradik....err.... balik jarang2 je
so my parents nak jadikan studio2 tu as homestay..

sangat murah dan jugak comfortable..fully furnished..dekat dgn bandar..especially pasar borong wakaf che yeh
you can have your privacy..senang nak park kereta..and klu bernasib baik datang mase musim buah..bleh makan buah banyak2 as dusun kami just kat sebelah umah je..hehehehe

here's some info: you may also get it from Kayumas Homestay


Kayumas Homestay menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman yang selesa kepada pengunjung yang datang bercuti / melancong / berkursus / bermesyuarat / dan lain-lain ke Kota Bharu, Kelantan.

Menepati keperluan pengunjung,
Kayumas Homestay menyediakan 3 chalet studio bersize 270 kaki persegi. Setiap chalet merupakan sebuah bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas angin, katil,almari dan keperluan solat, tandas, cerek elektrik dan cawan. Kemudahan tempat letak kenderaan terletak di hadapan chalet.

Kayumas Homestay amat sesuai untuk sesiapa yang ingin membawa seisi keluarga merasai suasana dan ketenangan di kampung. Pelanggan juga boleh menikmati kelazatan buah-buahan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan dokong memandangkan Kayumas Homestay mempunyai dusun persendirian yang terletak bersebelahan dengan kawasan penginapan.

Kemudahan di setiap chalet studio Kayumas Homestay:

* Double / Twin beds

* Penghawa dingin dan kipas

* Almari dan keperluan solat

* Tandas berserta air panas

* Cerek elektrik, minuman panas segera berserta cawan

* Parking

















Lokasi Kayumas Homestay: Lot 1511, Lorong Surau kota 2, 15100 Kota Bharu, Kelantan

* 5 minit ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh

* 15 minit ke Pusat Bandar Kota Bharu

* 15 minit ke Pasar Besar Siti Khadijah

* 30 minit ke Pantai Cahaya Bulan

Garmin:
N: 06° 05.288' E: 102° 13.596'

Nokia map:
N: 6° 5' 17.3" E: 102° 13' 35.8"


Harga:

only RM 80 per nite per studio!
(harga boleh dirunding untuk penginapan lebih dari dua malam atau menyewa lebih dari 2 chalet)

Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi:

En Rahim: 013-9367393
En Kamarul: 019-2708867

kayumas.homestay@gmail.com



2 commentaires:

PurPLe LaDy AiFA a dit…

cantik, and bersih! nnti kalo nak ke kelantan beramai2 duk sini la.. hee

Amalina a dit…

thanks aifa..if u dtg..i will make sure u dpt special price =)