Kalau korang masih ingat, saya ada buat beberapa entry mengenai nursery/baby daycare
ketika mengandung, saya plan nak anta Hakim ke nursery kerana sblm ni kami tinggal di Kota Kemuning..and it is impossible to find pengasuh
so we decided to survey any nursery yg berdekatan dengan our office
Masalahnya, hanya ada satu nursery je yg ada di Cyberjaya
eventhough rate sgt mahal (350 utk gomen, 400 utk glc and 450 utk private), tapi hanya itu je yg ada..kami sanggup..cuma sudah penuh..untuk Q nama pon tak dapat
thus terpakse kami mencari nursery di area berdekatan (putrajaya/bandar nusaputra/seri kembangan)
but we coulndt find any..Sampai saya bersalin
Allah mmg Maha Mengetahui..selepas pantang, saya kena berpindah ke Kajang,
maka pencarian bermula from 0
alhamdulillah..ianya dipermudahkan, kerana jiran di sebelah sanggup untuk menjaga Hakim
kami berdua lega! dia sgt baik, sangat bagus..and she knows how to handle EBM..fuh
mase tu, dia hanya jaga seorang budak 9 bulan dan seorang yg dah setahun lebey..so mmg ok sgt
however, ianya untuk sebulan sahaja, dan kami terpaksa mencari pengasuh baru
kerana dia mendapat offer kije yg dgn gaji yg lagi lumayan..and one of anak jagaannya berhenti..so dengan pendapatan rm600 sebulan, manelah mampu untuk menampung kehidupan dia rite..so we didnt blame her at all
another pengasuh juga jiran sebelah rumah sanggup untuk menjaga Hakim
cuma rumahnye agak kurang bersih, dan dia jaga 5 orang budak termasuk Hakim
and Hakim sorang je baby..yang lain dah setahun ke atas (sudah pandai berjalan)
i was so worried..lagi2 bila dia meletak Hakim di dalam buaian
I am against it..but had no choice..klu letak di atas tilam di lantai, kang kena lenyek dgn budak2 lain
pegi office hati mesti tak tenang..risau pasal Hakim dan sudah berkira2 mencari tempat baru utk Hakim..
Allah lagi Maha Mengentahui..selepas 2 hari, akak tu ckp dia tak sanggup nak jaga..terlampau ramai
which means another episod for me n hubby mencari pengasuh untuk Hakim..but I was relieved
dengan bantuan Hakim's first babysitter, saya menjumpai seorang lagi pengasuh berdekatan dgn rumah kami..
she was ok (but not as good as pengasuh yg pertama tu)..tak penah handle EBM but she's willling to learn
saya mmg provide warmer to babysitter..untuk mudahkan kerja nya
sbb klu nak panaskan EBM using warm water..mmg lame sket amik mase (tried it by myself)
yg selebihnya..saya hanya tawakal kepada Allah, semoga susu2 yg saya provide tu, memberi manfaat kepada Hakim, tak kira bagaimana ianya disediakan oleh babysitter
cuma..Hakim sudah 3 bulan ketika dia berpindah ke jagaan babysitter sekarang
Hakim dah pandai cam orang
and hari pertama di situ, Hakim meragam..asik menangis (luluh hati saye mendengar) dan tanak minum susu
balik rumah, saya bercakap dari hati ke hati dengan Hakim
explain to him kenapa dia kena dok di rumah pengasuh
dan berjanji saya akan pegi amik dia sebaik sahaja jam menunjukkan 5.30
dan berjanji akan bermain2 dengan dia
alhamdulillah, hari kedua berjalan dgn baik..sehingga sekarang
cuma saya perasan, setiap pagi..keluar dari rumah dan sepanjang perjalanan menuju ke rumah pengasuh.Hakim akan senyap..muka dia masam tanak senyum eventhough saye main2 dgn dia dan ajak dia borak
walhal..bangun je dari tido dia mesti senyum..ketawa..banyak cakap
ya Allah..cekalkan hati saya..semoga Hakim sentiasa selamat dan sihat di bawah jagaan pengasuh..
Hakim, maafkan umi.. umi terpaksa pergi kerja.
