Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

mercredi 11 janvier 2012

Tips untuk senang bersalin =)

Kite tinggal kejap discussion pasal breastfeeding ek..nanti saye sambung lagi di lain entry :D
Ari ni nak cite pasal tips nak senang bersalin..hehehehe which is antara topic yg paling banyak di google oleh ibu yang akan melahirkan anak
Korang sure pernah dengar pasal air selusuh, pasal akar fatimah, pasal petua jalan banyak2 di hari2 terakhir sebelum due date etc
But for me..petua yang paling mujarab sekali adalah doa kepada Allah swt. It is the simplest, dan jugak yang paling mujarab. Air selusuh, akar fatimah dan segala jenis petua adalah ikhtiar kita, tapi yang Mempermudahkan segala urusan kita, tiada lain dan tiada bukan, Allah sahaja.
Maka berdoa lah kepada Dia selepas solat. Dalam doa tu, be specific..pohon dgn rendah diri apa yang kite nak, luahkan isi hati ape yang merisaukan kita..insya-Allah, Allah Maha Mendengar.
Jika nak Allah permudahkan proses bersalin, say it.
Jika nak Allah permudahkan urusan kita untuk bersalin, say it.
Jika nak Allah mengurangkan beban sakit yg akan ditanggung ketika bersalin, say it.
Ya pohonlah apa-apa sahaja. Namun begitu, doa tanpa keyakinan tiada guna. Yakinlah Allah akan sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya yang lemah. Yes, kite kena yakin Allan akan membantu, seperti yakinnya kite dengan kewujudan Allah.
Begitu jugak perihal anak. Semasa mengandung tu, jangan putus2 berdoa anak jenis apa yg kite inginkan. Be specific as well. Kita nak anak yang soleh? Anak yang cerdik? Anak yang cantik? Pohon sahaja, insya-Allah akan diperkenankan oleh Nya.
Tanpa segan silu, saya mengaku, saya memang memohon untuk di permudahkan proses saya untuk bersalin, dan dipermudahkan urusan untuk bersalin. Saya beranak di hospital swasta, any complication would cost us a lot of money..company hanya tanggung rm2.5k sahaja untuk normal, and rm4k untuk czer..sedangkan package DEMC untuk single room with normal delivery sudah mencecah rm2.6k..huhuhu
my parents and mentua pulak both are kat kelantan..i do have siblings here around selangor, but they are a bit far from us (kami ketika itu menginap di shah alam, mereka semua di bangi)..so ape2 hal, saya hanya ada suami untuk bergantung..and it was our first child.. so saya luahkan kerisauan saya kepada Allah setiap kali selepas solat
Semasa proses bersalin pula, berzikirlah dengan doa nabi Yunus.
Di selang seli dengan doa ini (doa untuk dipermudahkan urusan)
Rabbi Yassir Wala Tu’assir
maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.
Doa penuhnya:
Dan alhamdulillah, ianya dimakbulkan..proses bersalin saya dipermudahkan oleh Nya sehinggakan parents saya baru je mendarat di klia, saya sudah selamat lahirkan Hakim, bil yg perlu di bayar sendiri pula tidak mencecah rm50. syukran ya Allah..mmg saya sgt bersyukur, dan kenangan bersalin di DEMC menjadi kenangan manis bagi kami.

Setiap kali saya terkenang perihal mengandung dan melahirkan Hakim, saya akan tersenyum, hati akan berbunga mekar. Ya Allah, terima kasih di atas pengalaman yang cukup indah yang Engkau berikan.

Berminat dengan Set Ibu Menyusu / Set Berpantang / Set Ibu Mengandung dari Shaklee?

 Saya wakil pengedar sah Shaklee anda. ID 910361. Dapatkan konsultasi percuma dengan menghubungi saya:
§  Call/SMS/WhatsApp 019-6656041
§  email: info.vitamin4you@gmail.com
§  lawati: www.multivitamin4you.com

Like fanpage saya : www.facebook.com/multivitamin4you

1 commentaire:

Cik Belle a dit…

Subhanallah, besarnya kuasaNya.. kita mohon padaNya, dan Dia makbulkan.. Subhanallah..