Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam

mardi 3 décembre 2013

Kronologi dari Malaysia ke Jepun.

Saya tak reti nak bercerita secara ringkas macam mana saya boleh sampai ke Jepun. Kalau saya bercerita, mau dekat seploh entry baru abis cite gamaknye.haha. So saya letak dalam bentuk point ye, untuk elakkan ianya jadi meleret-leret.

l  Saya mula menanam hasrat untuk sambung belaja di luar Negara selepas balik dari membentangkan kertas kajian saya di Singapura pada December 2011. Wah, dah lama kan? Alhamdulillah suami pon bagi green light.

l  Januari 2012: saya mula gigih mencari supervisor di beberapa university di UK. Yezza. Saya mengidam untuk tinggal di UK hasil dari kenangan saya bersama kakak ketika menginap di sana beberapa bulan. It is my fav destination.

l  Sesiapa yang tahu tentang hasrat saya akan bertanya, kenapa tidak pulang ke Perancis? Kenapa tidak pergi ke Jepun? Jawapan saya: saya sudah busan bercakap perancis(which is completely not true) dan saya tidak berminat dengan Jepun. Saya langsung tidak tahu apekah itu Jepun dan bahasa serta tulisannya menakutkan saya.

l  Saya mendapat beberapa tawaran, antaranya Manchester (saya aim nak gi sini) dan Glasgow.

l  Selepas offer letter dari university tersebut diterima, saya mula mencari scholarship. Antaranya adalah: Skim SLAB/SLAI dari university tempatan, Commonwealth Scholarship, pinjaman MARA dan Biasiswa Agong

l  Malangnya, saya sudah terlepas utk memohon MARA manakala permohonan untuk biasiswa Agong di tolak kerana sudah terlebih usia L Biasiswa Agong hanya untuk orang yg berusia 30 ke bawah sahaja.

l  Untuk Skim SLAB/SLAI, saya memohon di UTEM (ditolak), UIA(ditolak), USM, UM, UMP(separuh jalan) dan TPM UITM. Saya cuba untuk memohon di UTM,UPM dan UKM tetapi diberitahu ianya untuk staff sahaja. Bersungguh kan saya, apply je kat mana2 tempat yang ada.

l  Saya dipanggil untuk interview oleh USM, UM dan UITM. Duanya berjaya, manakala UM tidak menerima saya dengan alasan mereka tidak memerlukan kepakaran dalam bidang yang ingin saya lakukan. Whatever. Huhuhu

l  Saya cenderung untuk memilih USM kerana ianya university yg agak kukuh dan bidang saya di situ agak mature dan senang untuk buat research (dari segi peralatan). Malah elaun keluarga diluar negara turut disediakan.

l  UITM pula mempunyai lokasi yg strategik, iaitu Shah Alam. Senang untuk suami yang tidak perlu berhenti kerja jika kami terpaksa berpindah ke nibong tebal. Akan tetapi, di cawangan mana yang akan saya berkhidmat selepas tamat belajar belum lagi ditentukan. So ada risiko di situ. Dan ianya single scholarship, tanpa elaun keluarga. All expenses involving suami dan anak, poket sendiri bayar seperti tiket katubang.huhuhu

l  Tetapi kedua-duanya tidak membenarkan saya untuk sambung di UK!! USM mencadangkan kepada saya Delft di Holland, ETH Zurich di Swiss atau Perancis. Manakala UITM tak kesah, janji bukan UK.

l  Saya cuba Delft, tetapi jawapan negative diterima. Ini kerana setiap pelajar PhD di bayar oleh university, so kemasukan agak selektif. ETH Zurich pula bersedia untuk menerima saya, tetapi saya pula tidak bersedia ke sana kerana bg diorang, 4 tahun PhD adalah singkat. Average adalah 6 tahun!

l  Saya menukar lagi destinasi: kali ini bumi Australia. Gigih nak dok kat negara cakap omputih yoo.

l  Diterima utk ke Univ of Melbourne, tetapi tidak mendapat kelulusan dari dekan fakulti elektrik, UITM. Ketika itu dah nak bulan 6 2013. Sudah setahun setengah, saya masih ding dong ding dong dengan tempat belajar dan scholarship. Sedangkan offer untuk TPM tamat pada 30 September 2013. Sungguh stress dan banyak air mata tumpah. Huhuuhu. Dekan menyuruh saya mencari tempat di negara asia seperti Jepun.

l  Maka Jepun lah destinasi saya. Suami turut mendapat tempat untuk sambung belajar di university yang sama. Dan dia juga mendapat pinjaman MARA.Alhamdulillah.

l  Saya turut mendapat pinjaman MARA, malah dgn pinjaman MARA dapat lah kami ke UK, sbb MARA tak kesah! Huhu. Batch pinjaman MARA 2013, almost 99% sambung belajar di UK untuk peringkat lepasan ijazah. Craze mehh! Jeles pon ade T-T. Tu antara dugaan untuk hati kami berdua. Klu ikutkan hati, mmg nak terbang ke UK, but klu ikutkan akal, tamat je belaja, dibebankan dengan pinjaman pula. Assobru minal iman.

l  Selepas mendapat offer letter dari university di Jepun, bermulalah perang menyudahkan permohonan saya untuk sambung belajar under TPM UITM. Dan juga perang melayan karenah bureaucracy. Owh my, kalau di pikirkan, tak sangguh dah kot nak melaluinye kembali.

l  Saya perlu menghantar sebeban dokumen kepada pihak UITM agak dapat mereka sampaikan kepada pihak KPT. Antara dokumen yang diperlukan adalah surat berhenti kerja saya dari tempat kerja saya ketika itu.

l  Agak gementar, gemuruh, malah tidak tahu adakah itu keputusan yang betul, kerana masih ada risiko seperti KPT tidak bersetuju untuk saya sambung belajar diluar negara, atau saya tidak sempat terbang untuk sambung belajar sebelum 30 September. Maka ada risiko yang saya tidak dapat sambung belajar dan jobless.

l  Saya juga perlu membentangkan research proposal di hadapan panel UITM dalam tempoh yang ada, serta mendapat perlepasan kontrak dari pihak JPA. Dan percayalah, hal ini menyebabkan permohonan saya untuk sampai ke KPT tertangguh hampir dua bulan T-T.

l  Gara-gara permasalah di Mesir, KPT tidak bersidang pada bulan 8. Sedangkan saya menunggu surat dari KPT untuk dihantar ke jepun agar pihak university dapat memohon COE buat saya dan keluarga. COE atau certificate of eligibility ni diperlukan untuk sesiapa yang ingin memohon visa memasuki jepun lebih dari 3 bulan. COE pula mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan untuk diluluskan.

l  Menghubungi pihak KPT adalah mimpi ngeri. Telefon tidak berangkat, email tidak berjawab. (even sekarang pon). A total nightmare T-T

l  Jawapan yang di terima oleh pihak KPT, mereka tidak bersidang pada bulan 8 dan mungkin akan bersidang pada 13 September. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa panic dan cemasnya kami ketika itu. Sempatkah untuk kami menerima COE, memohon visa dan kemudianya terbang ke Jepun sebelum 30 September. Hanya kepada Allah kami berserah. Miracle can happens, only with His approval.

l  Kami tidak packing, tidak bersiap lansung untuk ke luar negara. Tiba-tiba di suatu petang pada 5 September, saya menerima email mengandungi ayat di bawah:

Tahniah!


Tuan/Puan telah berjaya menerima tawaran biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia  yang diuruskan bersama dengan majikan tuan/puan.

l  Sujud syukur kami kepada Mu ya Allah. Itu status saya di FB sebaik sahaja membaca email ini. Terus saya download surat tawaran KPT untuk di email kepada pihak university di Jepun.

l  Banyak lagi dugaan lain menyusul selepas itu yang saya tak dapat dikongsikan. Antaranya, tarikh tawaran biasiswa yang bermula pada 1 Oktober kerana offer letter university menyatakan saya start belajar pada 1 October. UITM menyuruh saya untuk menghubungi university (dan juga KPT) untuk menukar offer letter itu di mana saya sepatutnya start belaja pada hari sebelumnya, iaitu 30 September. Jika tidak tawaran TPM dikira tamat, dan jika saya ingin menangguhkan tawaran TPM, saya perlu masuk meeting senat segala untuk mendapat kelulusan. Owh tidak sama sekali. Nasib baik supervisor saya sangat memahami dan KPT pon tade karenah untuk tukar surat tawaran.

l  3 hari terakhir di Malaysia kami gunakan untuk mengemas rumah, pack barang, pack bag, pos barang ke Jepun. Walaupon family kedua-dua pihak datang dari jauh, tidaklah dapat kami spend masa bersama mereka. Owh sungguh rasa bersalah T-T.

l  Kami akhirnye berlepas pada 29hb September 2013 menaiki Singapore Airlines

l  Dan selamat tiba di Fukuoka Airport pada pagi 30 September 2013. Maka bermulalah kembara kami di bumi Nihon.

Nantikan entry saya kenapa Allah menghantar saya ke Jepun, bukan UK.




jeudi 28 novembre 2013

Ohayo!

Salam. Cak!

Tetibe muncul kan?

Just nak inform. Saya berada di Jepun. Specifically di Fukuoka, Kyushu Island.

Nanti saya cerita camne saya bleh tercampak di sini ye. Ngeeee



Ok. Sayoonara!

mardi 9 juillet 2013

[FOR SALE] BABY BULLET FOOD BLENDER

Salam..lama saya tak jenguk blog ni ye? Sampai ade orang komen dan email tanya pasal toy storage pon saya tak perasan..dan op kos tak reply

Maafkan saya. Sungguh terabai betul.

Ok. maybe lepas2 ni..saya akan update blog ni dengan barang2 kepunyaan saya yang saya nak jual dengan harga yang cukup-cukup rendah..huhu reason nak jual barang?adelahh,,nanti dah confirm segala..saya bagitau ok =)

Anyway, buat informasi (eh betulkah ayat ni?) saya masih mempunyai satu toy storage (new brand) dan juga satu Baby Bullet Food Blender (new brand).
Winnie the pooh toy storage
RM150
Brand new (masih dalam kotak)
Size : 63(L)*30(W)*66(H)
Come with 9 tray
SMS/Whatsapp: 011-19497579

Baby Bullet Food Blender ni sangat-sangat le comfy untuk ibu-ibu yang baru nak start kasi solid food kat bayi. Siap ada buku resepi lagi haa.



Harga: RM150
Brand new (masih dalam kotak)
SMS/Whatsapp: 011-19497579

Product Specifications:
Dimension: 11.9” x 10.7” x 9.1” (LxWxH)
Material: Stainless steel, metal & plastic
Colour: Green
Make & store one week’s supply of baby food
BPA-free silicone storage cups with date dials

Product Includes:
1 x High Torque Bullet Base with Malaysian Plug
2 x Stainless Steel Blades
1 x Batch Bowl
2 x Short Cups
2 x Stay-fresh resealable lids
1 x Spatula
1x Batch Tray
1 x Batch Tray Lid
6 x Date-dial storage cups
1 x User manual and cookbook
1 x Pocket nutrition set
1 x Storage tray
1 x Stay-fresh tiny tote

mardi 16 avril 2013

[FOR SALE] Winnie the Pooh toy storage

Last weekend, kami mencari toy storage utk letak mainan2 Hakim.
And we had to buy 3 racks as it is a lot cheaper. Kalau beli 1 harga rm220..and we wanted to have 2.
Tokey kedai tu cakap..beli 3 baru dapat murah. Huhuhu

So saya nak jual winnie the pooh toy storage dengan harga rm150.
Kalau boleh saya tanak pos (takut rosak ke ape..lagipon kalau pos, kosnye dekat rm30 jugak)..prefer datang pick up sendiri
saya tinggal di kajang..berkerja di cyberjaya.
Or if u guys kat area KL Sngor..bleh jumpe kat mane2.

ni gambar dari google 
Winnie the pooh toy storage
RM150
Brand new (masih dalam kotak)
Size : 63(L)*30(W)*66(H)
Come with 9 tray
email: lumiere.damour[a]gmail.com

jeudi 11 avril 2013

mercredi 3 avril 2013

Tips ke Legoland, Johor


Ni le entry yang terbengkalai but then di sambung balik..huhuhu

Nak share tips buat sesiapa yang ingin pergi ke Legoland. Seriously, saya suka pegi Legoland, bukan saya tak biasa ke theme park..kalau masa belaja dulu, memang setiap tahun singgah Disneyland..sometimes ke Europa Park. I do love rides!! Tu yang beriya mengajak en suami pegi Legoland. But sblm pegi tu, i didnt expect much. Tempat baru siap.. Lagipon kne jaga Hakim, so mmg saya budget, tak dapek le naek rides segala kan..dan maybe boring gile masuk sini.

But it turned out, we did enjoy Legoland..a LOT! So saya nak share some tips utk sesape yg nak spend the whole day kat Legoland. Kami tak perlu Q panjang untuk semua rides. Siap bleh gilir2 naik, meaning mula2 en suami naik dgn adiknye, while saya kat bawah dgn Hakim. Then saya pulak naik dgn en suami, adik ipar pulak yg jaga Hakim. And Hakim's napping time tidak terganggu! Bleh je dia tido dalam stroller dua jam, then bangun senyum2 tanpa merengek (dia cukup tidur le tu)

1. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.

  • avoid pegi time cuti skolah. Pack sangat.
  • pilih time di mana cuaca di Johor berangin dan elok. Masa kami pergi, seriously best sebab berangin  walaupon panas terik. We went there mase sehari selepas cuti maulidur rasul (25.1.2013)
2. Beli tix online, at least 7 days earlier..so dapat harga rm112 instead of rm140. Kalau plan nak pegi banyak kali, bleh terus beli annual pass..still, online is cheaper =)

3. If just bawak husband and anak, ajak ur siblings so bleh gilir2 jaga anak =)

4. Datang awal ke Legoland, so that u can maximize ur time. During weekdays, Legoland tutup kol 6, and 8pm mase weekend, public hols and cuti skolah. Kami sampai around 12, so 6 jam tu rase sekejap sgt..huhuhuhu

5. Untuk anak kecil, dunt worry, ade baby care yang besar punyeee utk our intan payung. Dan kat setiap attraction, ade je tempat berteduh (sometimes ade kipas). So bleh je lepak2 kat situ bersama anak sementara menunggu en suami naik rides. Dan kat setiap park dalam tu, ade small playgroud for kids.

6. Ade satu covered park khas utk babies and toddlers. Siap ade small train segala..sweet sgt. Too bad, Hakim dah tidur kroohh kroohh mase kami explore park yg ni.

7. Ade several restaurant yang menjual varieties of food, but a bit expensive. We chose to have lunch at KFC di luar Legoland. Actually Legoland is attached to a mall. So kami makan di situ. Yes kita boleh keluar dan masuk balik, dgn syarat time kuar tu, copkan tangan anda, and bile masuk semula tu, tunjukkan cop dan tiket.

8. Semua park and attractions yg di dalam peta ada dan siap. Sekarang ni yg under constructions are hotel and water theme park.

9. Pekerja di sana sgt friendly and helpful..takde yg buat muke toye ke ape..haha..ape punye tips dah

Satu je yang kureng sket pasal Legoland, souvenir adalah sangat mahal! Fridge magnet yg seconet tu rm25 lebih kurang..nak nangis bayar T-T

Here are some pictures, do enjoy. =)


tidur gaya bebas

 muhammad amirul hakim 17 months

ni covered park utk toddlers



comel kan =)


 baby care yg nampak agak spacious

lundi 11 mars 2013

Perang Susu Formula-Susu Ibu & Homemade Food-All other sort of food is “Ridikulus”!


Salam..haihh..senyap menyepi..tetibe buat entry emo pulak?Update pasal Legoland pon terperap je..opss

Huhu harap jangan ada yang sentap. Bace dengan minda terbuka ye =)

Okeih..lately saya tengok banyak sangat perang-perang di alam cyber mengenai susu dan makanan untuk bayi.  Saya tahu, semua mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. But tak perlu la kot extreme sangat.. I mean come on..we can try to educate people (NICELY please) but tak perlu la nak bercakap berapi, lagak macam kite sorang je betul..yang lain semua salah. Ilmu Allah sangat luas bukan?Bagaimana kita boleh yakin info kita 100% betul? ;)

Yes..susu ibu adalah yang terbaik..saya sendiri masih menyusu anak cinta hati saya, but saya takde isu dengan sesiapa yang memberikan susu formula kepada anaknya. My bestfriend, yang sangat2 inginkan menyusu anaknya, juga tidak berjaya, di atas faktor kesihatan. See..setiap orang ada situasi dan keadaan nye sendiri. So don’t go around and judge other people bile mereka memberikan susu formula kepada anak masing2 kerana anda seorang yang menyusu badan. If betul la orang itu memberi susu formula kerana sedikit pon tiada usaha untuk menyusu, tindakan yang patut diambil adalah contact org tersebut personally, offer untuk bantu dia dalam penyusuan. Tidak perlu letak post, entry or anything just untuk luahkan kejengkelan anda mengenai susu formula because it wont do any good. Susu formula bukannya racun, malah anda juga mungkin dibesarkan dengan susu formula. May I ask, do you have any health issue recently? :p

How about fresh milk and raw milk or santan milk? Saya adalah alasan sendiri apabila orang bertanyakan soalan begini, manakala susu santan..well..adakah anda sanggup untuk minum 16oz-20oz santan everyday?Saya seriously tidak sanggup. Klu air kelapa..any time! (ok just kidding)

About homemade food pula..yes..ianya sangat sangat sangat bagus untuk anak anda..i dunt deny that.. me myself cook for my lil baby (eventho babysitter ckp Hakim bleh je makan ape yang dia masak..but I just dunt trust her)..until recently I started to introduce family food to him. Alhamdulillah, so far so good..his appetite increases =)

However, if you see any mommy yang bagi processed food to her kids, please jangan tengok ala2 nak telan mommy tu yer. If you have guts, you can just approach her and ask her nicely, why bg ni..maybe bleh cuba introduce makanan lagi berkhasiat..bla bla bla..well you know..u want to spread the benefits of homemade food, kena la cara yang berkhemah , ehh berhemah..Tak perlu nak marah, nak emo, nak cakap..kesiannya bayi tu..mak dia dok kasi makanan tak elok..bla bla bla..or worst..put up an entry or a post  “ tadi aku tengah Q kat kaunter, nampak maknye suap biskut kat anaknye..kecikkkk lagii” ..will it do any good?nope. you just bg image kat orang lain yg u ni kaki kepochi suka ngata orang.

If any of your relatives would like to interfere dalam ur “rules and guidelines” dalam memberi makanan kepada anak, it is your RESPOSIBILITY, utk educate mereka (be gentle and nice).  Bg saya senang je, start ayat dengan “ Doktor kata Hakim elok makan ini ini ini..nestum pulak, DR tak galakkan sebabnye manih leting” ß cth ayat. Then even my mom pon ckp..owhh bagus la cemtu.. Alasan paling simple yang saya pernah kasi adalah” maaf ye, Hakim still tak leh mengunyah..makan ni kang nanti tercekik” terus terbatal hasrat orang yg nak menyuap cake :p

You can use another person yang mane ur relatives percaya. Cth lagi, if dalam keluarga ade doktor kan, cer bukak topik pasal pemakanan anak bile tgh dok bersembang ramai2..mesti ur relatives pon tereducate same=) so handle them nicely..sebab they are ur family..tak perlu nak up satus “My mom tak faham2 ke..asik nak soh Ana kasi susu formula la,,kasi nestum laa” this is soooo wrong ethically..salah mereka kerana tidak faham? Baik salahkan diri sendiri kerana masih tidak berjaya untuk educate mereka. Maybe you have try..but not at your best.

Satu lagi isu, if ada mommy kasi processed food, tak perlu anda jadi pak polis tiup wisel dan marah terus keluarkan saman kepada mommy tersebut. Yes homemade is good, tapi processed food bukanlah racun. Be reasonable, be wise, and open your mind. If nak tegur, then tegur secara baik. Tiada pon perkara yang betul atau yang salah. It is all open for discussion.

Saya selalu hairan bila tengok mommies yang bersuara lantang mengenai “nak yang terbaik untuk anak” but untuk diri sendiri..hanya ala kadar..mereka masih makan di all fast food restaurants, makan baskin & robins, minum air manis more than 2 cups daily..so saya tertanya..kenapa hanya anak?kenapa bukan kita? Insya-Allah anak kita akan hidup panjang..jauh lagi perjalanan..banyak lagi ilmu yang dia perlu korek..sedangkan kita..lagi beberapa tahun atau dekad akan cecah umur menopause? BMI badan pon bukan lagi ideal..tidakkah kita risau, kerana kesihatan diri kita yang menurun, kita terpaksa meninggalkan alam fana di kala anak tergapai2 menyertai rencah kehidupan? So kembali kepada persoalan saya..kenapa kepentingan anak sahaja yang diperjuangkan?

Bagi saya, bersederhanalah dalam segala-galanya. Memang ianya menjadi jihad untuk kita menyebarkan info mengenai susu ibu, homemade food kerana terlampau banyak kelebihan, but approach kite sepatutnya berhemah. Jangan kerana mengejar pahala menyebarkan info yang baik, tetapi dosa pulak kita kumpul kerana cara kita yang kasar, bongkak dan riak. Nauzubillah.

Nota kaki:
  • Saya pro susu ibu, tetapi saya tidak mengeji susu formula yang menjadi darah daging saya
  • Saya pro homemade food, tetapi saya tidak mengeji makanan-makanan bayi yang lain
  • Saya adalah seorang researcher, dan saya juga tahu, apabila hasil dari sesuatu kajian dibentangkan kepada umum, ianya bukan bermaksud kajian lain yang memberikan hasil bertentangan dengan kajian tersebut adalah salah, atau kajian itu sahaja yang betul. Ia nya hanya membawa maksud, permasalahan yang dikaji itu dibuka lagi untuk perbincangan dan kajian yang lebih mendalam. Wallahualam.
  • Sesiapa yang ingin meletakkan gambar homemade food yg dimasaknya  mempunyai hak yang sama dengan orang yang ingin meletak gambar susu yang diperah. Dont they? =)

Harap memberi manfaat.

Tulisan saya hanya untuk blog saya sahaja. Tidak dibenarkan untuk dicopy paste di mana-mana media cetak umum atau privasi. Tidak jugak dibenarkan untuk disebarkan. 

mercredi 6 février 2013

khasiat minyak ikan omega 3 untuk ibu hamil

Saya nak kongsi khasiat minyak ikan omega 3 untuk ibu hamil atau ibu mengandung. Hari tu dah bebel kan pasal kepentingan pengambilan vitamin ibu hamil, ni nak bebel pasal minyak ikan pulak. Ngeee

Seriously, I didnt know that fish oil has a lot of benefits to pregnant ladies and breastfeeding momies. Sebut saja minyak ikan (fish oil) atau omega 3, saya mesti terbayang kolestrol. sinonim sangat kan? it is because, minyak ikan omega 3 adalah minyak baik yang boleh menurunkan kadar kolestrol dalam badan..kolestrol jahat la..klu kolestrol baik tu, tak terkesan rasanya.

However, according to American Pregnancy Association, minyak ikan omega 3 can do more than that.


Untuk ibu hamil, pengambilan minyak ikan omega 3 adalah diperlukan untuk perkembangan saraf, mata dan otak bayi. 
Untuk ibu yang menyusu pula, ianya membantu pengeluaran susu! Surprise! tak tahu plak saye..haha

Dulu mase mengandungkan Hakim, I didnt know about this, till I met my bestfriend who is a pharmacist. Dia yang syorkan saya untuk ambil minyak ikan bile masuk trimester kedua. Tetapi mase tu saya dah kat penghujung trimester kedua kot. So agak lambat sket. Mase tu blom kenal Shaklee (ahaks) so main amik je any brand kat farmasi.

Btw, Shaklee is doing promotion for OmegaGuard, minyak ikan yang mengandungi all types of omega 3 fatty acid, including EPA & DHA. Jangan risau, sumber ikan untuk OmegaGuard sudah melalui pelbagai proses molekular untuk membuang bahan-bahan kimia yang merbahaya yang selalunya ada pada ikan seperti lead, mercury, arsenik, PCB dll. (sebab tu kita disarankan jangan makan ikan laut dalam kerap sgt)


Promotion till end of this month. Harga istimewa untuk set vitamin ibu mengandung, set vitamin ibu menyusu dan set kuruskan badan untuk setiap pembelian OmegaGuard.

Sesiapa berminat, bleh hubungi saya, and jangan lupa bagitau anda adalah pembaca blog Lumiere D'Amour..sebab..jeng jeng jeng  =)

SMS/WhatsApp :019-6656041
Email: lumiere.damour@gmail.com

dimanche 3 février 2013

Testing 1 2 3

Try tulis entry pkai my hp pulak. Before this x terpk nak update blog pkai phone. Nak tunggu saya dpt menaip di komputer di rumah, jgn harap le sbb Hakim doesnt allow me to seat even close to my pc. Tercebik2 menangis (tp tade air mata kuar.. Drama king sungguh)

But leceh jugak nye nk menaip gune hp ni. Kecik benor. Anyhow, i'll my best. Sbb byk sgt nk update., nk share. Dlm list kepala saya adalah:

  • Legoland (we went there last werkend)
  • Progress Hakim
  • Playgroup 
  • Early child education dan kepentingan utk stimulate skills anak.


In fact, we were just came back from playgroup. Hakim still nangis during the session, drama king kan, mmg dia x suke dipaksa dan terlebey manje dgn saya, but at least ade aktiviti yg dia enjoy. Time tuh terus lupe umi dia kat mane, dgn suara girang dis bermain. Phuhh seriously sgt happy dgn his progres.

Nanti saya cite details ye. Till then, bubye!


vendredi 1 février 2013

Vitamin Ibu Hamil

Ishhh..masih tersiarap darah saye bile bace komen ibu mengandung yang tanak makan asid folik tadi sbb alasan, malas nak ambil..leceh etc..i know it is her right..but seriously, it can have  big consequences to her baby..

Ada sebabnya kenapa ibu yang ingin merancang untuk hamil ( bukan yang tgh mengandung je tau) untuk mengambil asid folik..klu kesanya hanya kepada si ibu, saya tak kesah..tetapi kesan kekurangan asid folik adalah kepada anaknya..nauzubillah..semoga anaknya sihat walafiat

Saya menjadi makin sensitif sekarang ni, apabila para bakal ibu mengambil remeh mengenai pengambilan supplemen ketika mengandung. No it is not about i am Shaklee Distributor.

Ini kerana apa yang saya lalui sepanjang berjumpa therapist utk Hakim.

As I mentioned previously, saya bawa Hakim untuk jumpe therapist untuk stimulate his speech and motor skills. Pada temujanji pertama, saya ditanyakan soalan bertubi2 mengenai kisah saya, terutama ketika mengandung dan melahirkan Hakim.

Apa yang saya makan, adakah saya mengalami komplikasi ketika mengandung, ketika melahirkan anak, pernahkah saya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan dan sebagainya. Soalan-soalan begini ditanyakan untuk memahami lebih jelas mengenai keadaan Hakim sebenarnya.

But as a mother, I was shocked for being asked to that details. Sampai balik rumah pon, saya masih tertanya-tanya sendirik, adakah ada info yang saya tertinggal. Adakah saya tersilap makan? Adakah saya tersalah... and the list goes on.

Fyi, I had easy pregnancy, no morning sickness, no brixton hicks (tade yg obvious), tade masalah keputihan/infection etc. And I had easy labour as well, thank you Allah.

Tetapi bila ditanyakan soalan bertubi2 seperti, baru saya sedar betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan keperluan nutrisi ketika mengandung. Kerana setiap kelalaian saya dalam menjaga kesihatan diri, menjaga keperluan nutrisi untuk saya dan bayi dikandung, akan ditanggung oleh bayi saya (nauzubillah). Dan saya masih tertanya2 di dalam diri, what had gone wrong? Maybe tiada apa-apa pon, tetapi perasaan bersalah tetap ada. Dan saya nekad, untuk pregnancy kedua nanti, akan saya jaga sehabis baik!

Adakah anda tahu keperluan vitamin ibu hamil adalah lebih tinggi dari wanita biasa? Kerana itulah kita dibekalkan dengna vitamin (kalau kat swasta selalunya obimin) setiap kali pegi check up. So please pregnant mommies, ambil vitamin anda setiap hari ye. Dont be bothered about mitos baby akan besar la ke ape, just care about his/her health, and your health as well =)

Kalu nak try vitamin untuk ibu hamil, ianya adalah seperti berikut (Ok, ni baru betul2 nak promote =))

Set vitamin ibu hamil Shaklee

  • Vita-Lea Iron formula Multivitamin
  • Vitamin B-Complex
  • Chewable Vita-C / Sustained Release Vita-C
  • OsteMatrik
  • OmegaGuard (trimester ke-II dan ke-III)
More info: Vitamin Ibu Hamil


Take care mommies!

vendredi 18 janvier 2013

Formula Milk Hunting

Ho ho ho ho..terkejut tgk title? Dunt be! I am still breastfeeding mon adorable petit chouchou Hakim
But I will be running out of stock in a month or two. Sedey?
Err..I am not sure, I think i will still breastfeed him till he is 2
Just kena top up here an there la kot

Ok before that....

About previous entry..well it was difficult for me to come up and write the entry at the first place
So can we hold it for a while?
Insya-Allah, bila ade kekuatan untuk berkongsi, saya akan kongsi
terutama pengalaman di CDC, HUKM
No no no...jgn risau, Hakim is doing fine..he is doing good
masih tiada diagnosis yang concrete mengenai kenapa dia lambat berjalan dan bercakap
both me and husband refused to do MRI and blood + DNA test for the moment
we are still positive, and we think that he just need to be stimulated a lil bit more
lagipon in my family and my husband family, ada yang mula bercakap ketika berusia 3 tahun
dan they are doing fine..well not just fine, but really brilliant
so to Dina and Etty, thank you so much for those encouragement words
I am so touched =)

In the mean time, we just keep going to CDC, meeting all the therapist (speech, fisio and motor skill)
dan jugak we enrolled Hakim to a playgroup.
I think all of you have heard about Genius Baby On Board right?
Teacher Watie memang baek sgt!
Nanti saya share jugak pasal Playgroup ni.

...ok sudah pasal entry lepas :D

Pasal susu formula pula..
Based on my finding..susu kambing is the second best milk after breastmilk
Which left me one option: KARIHOME
but harganya..erkk jugak la
tp..cam teringin jugak nak try..huhu
dah request for a sample..but sampai lani tak sampai2..hish

susu formula lain pulak..ade jugak saye survey2
yang berjaye masuk list adalah:

  • s26 (biasa or gold)
  • enfagrow 
  • mamil dumex
  • anmum
ingat nanti lunch hour, nak request sample utk each brand

how about u guys?susu mane yg u guys kasi kat anak? 

lundi 7 janvier 2013

Hakim 17 months

Selamat Tahun Baru..semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya
 a lil bit late to wish you guys rite..but its bettter late than never =)

well..penghujung akhir tahun 2012 adalah sangat tidak produktif buat kami
kerana both me and hubby mc selama dua minggu kerana sakit mata

bermula dengan Hakim..pestu jangkit kat saye..then husband..
so we were on MC till 2.01.2013

mula2 MC mmg sronot..dapat stay umah..jaga anak
but bile mate bengkak asik berair je..sungguh tak selesa

seb baek Hakim kne kejap je..mild conjunctivitis
5 hari dah sembuh..dan seriously..he behaved well..despite sakit mata
dia still aktif..tak merengek 

mak nye yg over sampai stress gile sbb tak bleh kuar rumah..tak bleh masak..tak bleh tgk screen lama2
huhuhu
dunt you ever wish to get conjunctivits any more!

skang mata dah ok..cume still blurr..tak bleh nak focus
bile jumpe doc..dia ckp normal..and soh continue lagi dgn streoid eye-drop
saya plak dah 50-50 nak pakai ke idak
sbb anything yang streoid..sepatutnye tak bleh pakai lama2..kan?

perkembangan Hakim:

I am a bit worried with his development..sbb it seems a bit delayed
ya Allah..sesungguhnya saya buntu..adakah saya terlebih concerned? or in a denial?
he doesnt talk..he didnt walked..he doesnt know how to use spoon..he doesnt know how to munch..

we met several paeds to share our worries
and opinion varies

some said he has autism

some said he has general developement delay and asked us to register him as oku (i was offended!)

and this one nice paed said that the fact that he can walk out rule everything..he is just taking his time..and the speech will come
and this paed also said that the best speech "guru" for him is his friends..so he suggested that we try to send Hakim to a good day care. so that he can mix around, has friends, build his confidence and his vocabs.

it is not an easy task for us..to think what is the best for Hakim..

owh ye..Hakim started walking early december..when he was 16 months
tak terkata gembiranya hati kami berdua..and proud as well..
yes we are always proud of him

sekarang ni he knows how to express his feeling..
especially bila dia marah..
he knows how to throw tantrum..
sudah pandai meniarap di lantai dan menangis tercebik2 bila tidak di layan..

and we bought him his abc laptop
he loves listening to it..cuma untuk menekan every single letters
haruslah dia cari dan tarik jari umi nya soh tekan
dia sendiri tanak tekan..haihhh anak

hari tu masuk camp latihan commando kejap
so saya ajar dia cara nak turun dari sofa (sbb dia dah pandai panjat sofa tp tak reti turun..huhu)
lagipon paed said he has to build his muscle by doing exercise
so after 10 kali naik turun sofa..he got it
dah reti turun sendiri..well done my boy! 
dan tak brenti pulak dia main panjat turun sofa..huhu














i miss you, Hakim.